Tuesday 22 May 2012

Pendahuluan


Pendidikan Khas adalah suatu cabang pendidikan yang memberi peluang kepada golongan kelainan upaya untuk menerima pelajaran seperti kanak-kanak normal. Golongan kelainan upaya ini dibahagikan kepada tiga jenis persekolahan iaitu:

1. Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
2. Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
3. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)


Setiap daripadanya memberi pengkhususan kepada murid-murid OKU mengikut keperluan masing-masing. Terdapat banyak Sekolah Intergasi Pendidikan Khas telah ditubuhkan di sekolah-sekolah aliran Perdana bagi memastikan tidak ada murid-murid yang keciciran. Murid-murid ini diberikan elaun pendidikan khas pada setiap bulan.



Kelayakan untuk memasuki sekolah pendidikan khas ialah:


1. Murid tersebut telah menerima surat perubatan daripada doktor yang bertauliah.
2. Murid tersebut telah memiliki kad OKU.
    (Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat)
3. Murid tersebut telah menerima surat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.


Menerusi pendidikan ini, diharap murid-murid ini mampu berdikari, menguruskan diri dan berdaya saing menuju kehidupan yang lebih sempurna.