Syarat Kemasukan

PRA SEKOLAH PENDIDIDKAN KHAS
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah:
- Berumur 6 tahun.
- Disahkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah.
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Memperolehi kad OKU.
- Mendapat surat penempatan sekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

PENDIDIKAN RENDAH
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia:
- Berumur 7 tahun hingga 14 tahun. 
Penambahan tempoh belajar selama 2 tahun daripada murid normal (jika perlu).
- Disahkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah.
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Memperolehi kad OKU.
- Mendapat surat penempatan sekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Semua sekolah rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan menawarkan aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam.

Murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Murid-murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Murid-murid yang berkebolehan akan mengikuti Program Inklusif iaitu mereka diberikan peluang untuk belajar di kelas aliran Perdana bersama-sama murid-murid yang normal. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

PENDIDIKAN MENENGAH
Syarat kemasukan murid ke peringkat menengah Program Integrasi Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia:
- Berumur 15 tahun hingga 19  tahun. 
Penambahan tempoh belajar selama 2 tahun daripada murid normal (jika perlu).
- Disahkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah.
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
- Memperolehi kad OKU.
- Mendapat surat penempatan sekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

Murid-murid ini diberikan latihan vokasional bagi mencungkilkan lagi kemahiran dan potensinya.Murid-murid yang berkebolehan akan mengikuti Program Inklusif iaitu mereka diberikan peluang untuk belajar di kelas aliran Perdana bersama-sama murid-murid yang normal. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki PMR dan SPM.

No comments:

Post a Comment