SK Bukit Jana PPKI

Sekolah Kebangsaan Bukit Jana

Sekolah Kebangsaan Bukit Jana telah siap dibina pada 1995 dan mula beroperasi pada 8 Januari 1996. Sekolah ini terletak 10km daripada Bandar Warisan Taiping.


Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Bukit Jana:
 
1. Y.M Ku Aziz bin Ku Aziz (01 Mac 1996  hingga 23 Febuari 1998)
                              
2. Tuan Hj. Anjang Abdul Rahman bin Mat (01 Mac 1998 hingga 15 September 2001)
 
3. Pn. Noor Rihan binti Yaakub (16 September 2001 hingga 31 Mac 2011) 
 
4. Pn Hjh. Noraidah binti Ayub (01 April 2011  hingga sekarang)
 
 
 
Program Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) 
 
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bukit Jana telah mula beroperasi pada Julai 2003. Jumlah murid yang telah mendaftarkan diri pada tahun tersebut adalah seramai 8 orang. Pada tahun 2004, bilangan tenaga pengajar telah bertambah dari 2 orang kepada 5 orang. Peningkatan bilangan murid juga begitu ketara daripada 8 orang kepada 19 orang.

Bagi tahun berikutnya iaitu tahun 2008, jumlah murid bagi program ini semakin bertambah kepada 34 orang murid. Perkembangan peningkatan murid terus meningkat pada tahun 2009 seramai 39 orang. Bilangan guru pula ialah seramai 10 orang diikuti 5 orang pembantu pengurusan murid. Bilangan kelas ketika itu ialah sebanyak 6 buah kelas iaitu kelas Delima, kelas Intan, kelas Mutiara, kelas Zamrud, kelas Intan dan kelas Kencana.

Pada  tahun 2012, bilangan murid telah bertambah kepada 53 orang dengan tenaga pengajar seramai 15 orang dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai dua buah kelas tambahan telah dibuka iaitu kelas Berlian dan kelas Baiduri.


Penolong Kanan Pendidikan Khas:

En Zolkafli b Mohd Razali (2006    hingga    sekarang)

No comments:

Post a Comment